Gala karpet merah merupakan salah satu cerminan populariti kehidupan para selebriti.
Masakan tidak, menerusi karpet merah para selebriti kebiasaannya menggayakan pakaian glamor dan terbaik pada harga yang tinggi.
Bagaimanapun, penyanyi sensasi Miley Cyrus mendeklarasikan bahawa dirinya tidak akan mengikut acara karpet merah lagi.
Kehadiran kekasih Liam Hemsworth pada malam gala filem komedi A Very Murray Christmas merupakan yang terakhir.
Hal itu ternyata berkaitan dengan naluri sosial Miley yang sering memberi makan dan tempat tinggal pada orang-orang gelandangan. Jadi, dia tidak mahu menghabiskan duit semata-mata pada busana glamor.
“Saya tertanya-tanya, saat orang lain kelaparan kenapa saya perlu bergaya mewah di acara karpet merah? Adakah ia penting atau kerana saya seorang yang terkenal? Maaf, itu bukan cara saya,” komen Miley.
Bagi Miley, glamor karpet merah hanya sesuatu yang melucukan.
“Ia seperti sebuah komedi di dalam filem Zoolander,” jelasnya lagi.