Cat Farish Perceraian Menjadi Pengajaran


Penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengakui dia yang menjadi punca perceraian dengan isterinya, Hartiny Ramly, 33, sejak April lalu.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 42, ketika dihubungi mengakui perkara itu terjadi akibat kesilapannya sendiri yang banyak mengabaikan rumah tangga dan terlalu fokus dengan kerjaya.

"Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami.

Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya," katanya yang bercerai secara baik.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun yang lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.

Post a Comment

Previous Post Next Post