Misha Omar terkejut lahir anak awal tiga minggu


Misha Omar dan suami

PENYANYI, Misha Omar selamat melahirkan bayi lelaki jam 10.20 malam tadi di sebuah hospital di Cheras, lapor BH Online.

Bayi seberat 2.05 kilogram itu lahir awal tiga minggu daripada jangkaan awal doktor.

"Saya macam tak percaya bila doktor beritahu sudah tiba masa untuk saya lahirkan sedangkan saya dijangkan bersalin pertengahan bulan depan.

"Masih belum diberi nama setakat ini dan kami dalam keadaan sihat. Alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan," katanya.

Menurut Misha, dia mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video di Banting sebelum bergegas ke hospital jam 10 malam tadi untuk pemeriksaan.

Misha dan suaminya, Firros Ezzwan Rosly berkahwin pada 2 Mei 2014.

Post a Comment

Previous Post Next Post