Aktor Star Trek Anton Yelchin meninggal dunia


Anton Yelchin

PELAKON yang memainkan watak Chekov dalam filem Star Trek, Anton Yelchin terbunuh selepas dilanggar keretanya sendiri yang bergerak di jalan masuk rumahnya.

Kereta tersebut menghimpitnya pada tembok batu dan pagar keselamatan di rumahnya di Los Angeles, kata pegawai Jenny Hosier.

"Yelchin dalam perjalanan bertemu rakan-rakannya untuk latihan, namun apabila dia tidak muncul, mereka pergi ke rumah dan mendapati dia telah meninggal dunia," kata Hosier dipetik AP.

Sementara itu Pengarah JJ Abrams menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang sangat bijak, kelakar dan berbakat besar.

Yelchin, 27, memulakan lakonan sejak kanak-kanak dan berlakon watak kecil dalam filem bebas dan pelbagai rancangan televisyen seperti ER, The Practice, Curb Your Enthusiasm.

Pelakon yang berasal dari Rusia itu memegang watak Chekov dalam siri Star Trek, termasuk 'Star Trek' pada 2009, 'Star Trek Into Darkness' pada 2013 dan siri terbaru, 'Star Trek Beyond', yang dijangka ditayangkan pada 22 Julai.


Post a Comment

Previous Post Next Post