Siti Nurhaliza Izin Peminat Berehat Undinya Dalam Anugerah


Siti Nurhaliza bersama trofi kemenangannya.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberi izin agar peminat setianya 'berehat' daripada mencalonkannya dalam mana-mana anugerah kerana beliau sememangnya mempercayai sokongan mereka selama ini tidak berbelah bahagi.

Siti, 37, berkata, kira-kira 20 tahun berkecimpung dalam dunai seni, beliau menghargai segala usaha dilakukan oleh peminatnya sehingga kadang-kala timbul rasa kasihan dengan kerja keras dilakukan mereka untuk melihat beliau berjaya.

"Saya akui yang saya sebenarnya mahu para peminat saya berehat. Sokongan mereka selama 20 tahun tidak pernah berbelah bahagi dan mereka juga sudah membuktikannya dalam banyak anugerah berupa undian kepada saya.

"Saya menghargai usaha tersebut tetapi saya hanya mahu mereka faham bahawa saya tahu mereka telah melakukannya untuk saya.



Siti terharu dengan sokongan peminatnya.

"Jika mereka tidak mengundi (atau berehat daripada mengundi), saya tidak kisah atau tidak berasa hati kerana sokongan mereka sudah diakui," katanya kepada mStar Online menerusi WhatsApp pada Selasa.

Terdahulu Siti memenangi dua trofi pada Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada malam Sabtu lalu.

Siti diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Trofi kemenangan itu diterima Siti oleh kakaknya yang juga penyanyi Siti Norsaida.

Siti tidak dapat menghadir malam anugerah berkenaan kerana beliau kini dalam tempoh berehat.



Sitizoners yang hadir ke APO 2016 bagi menyokong Siti.

Kemenangan Siti itu adalah hasil undian orang ramai yang menyaksikan anugerah berkenaan memperoleh lebih 700,000 bagi keseluruhan kategori sepanjang tempoh undian berlangsung.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangannya itu, Siti berkata, ia adalah tanda kesetiaan dan kerja keras peminatnya, Sitizoners yang tanpa jemu menyokong karier seninya.



"Saya ingin mengucapkan tahniah buat peminat-peminat saya yang setia selama 20 tahun ini. Mereka adalah kekuatan saya. Tanpa undian mereka, saya tak mungkin mendapat kemenangan tersebut.

"Saya akan meneruskan hal-hal terbaik dalam kerjaya saya demi mereka (peminat)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti berkata, selain sedang berehat daripada bidang seni dia kini banyak memberi fokus kepada dua perniagaannya iaitu SimplySiti dan Creacion.



Pengasas Dnars Faziani Rohban dan suaminya, Ahmad Shah Rizal.

Malah kata Siti, dia juga bakal muncul dengan muzik video terbaharunya berjudul Menatap Dalam Mimpi selain lagu raya.

"Saya memang berehat dari kerja-kerja seni buat sementara waktu dan agak fokus kepada perniagaan Creacion dan SimplySiti kerana banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum Ramadan ini.

"Namun saya masih melakukan kerja sebagai juri tetap untuk Ceria Pop Star, serta membuat video klip lagu Menatap Dalam Mimpi.

"Bakal menyusul adalah lagu raya dan video klip lagu lagu raya terbaru pada bulan Ramadan nanti," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post