Bekas gitaris Freedom meninggal dunia


Ghani (tiga, kiri).

BEKAS gitaris kumpulan Freedom, Ghani Karim, 61, meninggal dunia di rumahnya di Nusajaya, Johor malam tadi.

Menurut adik Allahyarham, Siti Salwa Karim, 54, abangnya itu meninggal dunia kira-kira jam 8 malam selepas mengalami pening dan muntah.

"Setahu saya arwah ada menghidap darah tinggi, namun keadaannya baik. Saya amat terkejut selepas menerima panggilan memberitahu abang saya sudah tiada," katanya dipetik BH Online.

Ghani meninggalkan seorang balu dan tiga anak perempuan.

Kumpulan Freedom popular dengan beberapa buah lagu antaranya Mulanya Di Sini, Babak Cinta Terakhir dan Masihkah Ada Esok.

Post a Comment

Previous Post Next Post