Hafidz Roshdi Akan Umum Tarikh Nikah



Isu perbalahan antara pelakon Uqashah Senrose dan Hafidz Roshdi nampak menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini. Malah antara mereka berdua Uqasha lebih dilihat begitu lantang bersuara dan Hafidz hanya mendiamkan diri.

Pun begitu, mendiamkan diri bukanlah bermakna salah ataupun sebaliknya, namun pelakon Hafidz enggan mengulas lanjut kerana baginya itu adalah privasinya dan yang penting keluarga dan dirinya dalam keadaan baik. Malah dia juga tidak terguris hati dengan kenyataan sebelum ini.



Menyentuh soal pernikahan pula, Hafidz Roshdi, 22, yang sudah mengenali tunangnya sejak masing-masing masih menuntut di zaman Universiti berkata, mereka bakal berbincang mengenai perkara ini dan akan mengumumkan bila keputusan sudah dibuat.



"Kami sudah berkawan lama dan kalau dah jodoh tak kira usia.

"Insya-Allah saya akan umumkan bila sudah rancang dan berbincang," ujarnya ketika dihubungi tadi.

Dalam perkembangan lain, peminat Hafidz akan menyaksikan lakonannya menerusi dua telemovie tidak lama lagi berjudul Sabotaj dan Ayah Mertuaku. Manakala pada bulan puasa pula bertajuk Hajah Heathrow dan akan datang Kau Aku Kita Raya.

Post a Comment

Previous Post Next Post