Nad Zainal dapat anak perempuan

Selamat melahirkan anak kedua, Selasa lalu, Nad Zainal bersyukur dikurniakan seorang puteri.

Malah, anak sulungnya, Fahad Ibrahim yang berusia lima tahun, teruja mendapat adik.

"Alhamdulillah, sudah ada sepasang anak. Lama juga berangan hendak mendapatkan anak perempuan. Tuhan beri kenikmatan itu kali ini.

"Yem (panggilan untuk Fahad) sejak anak kedua ini dalam perut lagi, sudah tak sabar tunggu adiknya. Memang lain macam keterujaan Yem.

"Sekarang Yem senyum sampai ke telinga. Semua dia hendak tolong saya dan adiknya. Harapnya itu adalah isyarat Yem boleh menjadi abang yang baik," katanya kepada BH Online.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu proses kelahiran kali ini cukup mudah.

"Dari hamil sampailah bersalin, semuanya dipermudahkan.

"Doktor Kamaria Idris yang menyambut Yem dahulu juga mengendalikan proses bersalin kali ini. Cuma berbeza hospital sahaja.

"Hospital kali ini dekat dengan rumah saya," katanya.

Isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin itu melahirkan anak keduanya secara pembedahan kira-kira jam 2.50 petang.

"Insya-Allah nama anak ini akan diumumkan genap tujuh hari kelahirannya iaitu pada 6 April ini," katanya yang terkenal dengan watak Juweta melalui drama Takdir Yang Tertulis itu.

Nad bernikah dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post