4 objek yang mudah terdedah kepada virus Covid-19





Sekali lagi kita dikejutkan dengan serangan virus Covid-19. Langkah-langkah keselamatan harus dipertingkatkan lagi bagi melindungi keluarga dari virus ini.

Dalam pergerakan harian, kadang-kala kita tidak sedar benda dan permukaan yang kita gunakan setiap hari sebenarnya berisko terhadap virus corona ini. Elakkan dari menyentuh sebarang objek di luar dan pastikan anda membasuh tangan dengan sabun apabila sampai ke rumah.

Berikut adalah beberapa objek yang sering kita gunakan dan perlu diambil perhatian.

1. Telefon bimbit

Jangan ambil mudah tentang penjagaan telefon bimbit anda. Mungkin ia berada bersama kita 24 jam tetapi bahaya boleh datang tanpa kita sedari.

Virus corona boleh hidup selama 28 hari pada telefon bimbit, oleh itu, selalu ‘sanitise’ telefon bimbit dan elakkan dari memegang muka selepas memegang telefon bimbit jika anda berada di luar.

2. Wang

Sedarkah anda, wang kertas dan syiling mempunyai risiko jangkitan virus paling mudah kerana kekerapan bertukar tangan setiap kali urusniaga dilakukan. Maka, kerana itulah kita digalakkan menggunakan bayaran secara dalam talian atau kad setiap kali membuat pembelian.

Satu hasil kajian dari CSIRO mendapati, virus korona boleh hidup sehingga 28 hari pada wang kertas. Ini bermaksud anda perlu mengambil langkah berhati-hati untuk sebarang urusniaga tunai.

3. Barang kemas

Barang kemas juga antara objek yang cenderung terdedah kepada virus ini. Anda dalam bahaya sekiranya cincin atau gelang yang anda pakai bersentuhan dengan objek lain yang mungkin terkena jangkitan ini.

Oleh itu, pastikan anda sering membasuh barang kemas selepas bersentuhan dengan sesiapa sahaja. Bagi langkah yang lebih selamat, jangan pakai barang kemas jika anda ingin keluar dari rumah.

4. Pemetik api

Penting bagi perokok mengambil langkah berjaga-jaga apabila meminjamkan pemetik api mereka kepada orang lain. Kita tidak pasti samada teman atau orang yang memegang pemetik api tersebut tiada jangkitan virus ini.

Bayangkan dalam sehari, pemetik api anda dipegang oleh pelbagai orang yang anda sendiri tidak tahu kesihatan dirinya. Oleh itu, elakkan dari memberi pinjam atau anda sendiri yang meminjam pemetik api dari orang lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post