Elfira Loy rahsia jantina bayi




Meskipun telah mengetahui jantina anak yang dikandungnya, Elfira dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut sebagai kejutan kepada keluarga serta peminat.

Merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya, pelakon Elfira Loy berkata, dia dan suami, Khairol Faris Anuar, 27, mengambil keputusan tersebut kerana ingin memberi kejutan kepada keluarga kedua-dua belah pihak.

Ujar Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, yang kini hamil enam bulan, buat masa sekarang hanya dia dan suami yang tahu tentang jantina bayinya. Pengumuman jantina bayi hanya akan dibuat kepada keluarga dan peminat apabila dia sudah selamat bersalin kelak.

Ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Oppo Reno Sunset Rose di ibu negara baru-baru ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu mendedahkan dia tidak mengalami sebarang alahan mahupun mengidam makanan yang pelik-pelik.

Dalam pada itu, Elfira turut berkongsi kerinduannya untuk kembali berlakon, namun mengakui kekangan masa menjadi penghalang terutamanya selepas menjadi isteri dan bakal memegang peranan seorang ibu.

Bagaimana keadaan kehamilan Elfira sekarang?

Elfira Loy: Alhamdulillah. Tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey. Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan.

Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik. Cuma, saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat.

Mengapakah anda masih aktif bekerja meskipun telah hamil enam bulan?

Setiap ibu mengandung ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Kalau saya, daripada sebelum mengandung memang saya sudah aktif bekerja ke sana sini.

Jadi, apabila mengandung, bekerja atau kekal aktif adalah perkara yang normal untuk dilakukan. Walaupun penat dan kadang-kadang sakit badan, rasa seronok dan itu mungkin membuatkan saya menjadi kuat.

Adakah anda sudah mengetahui tentang jantina bayi?

Sudah tahu (senyum). Jantinanya mestilah rahsia. Bukan apa, saya rasa, sebab ini cucu pertama untuk kedua-dua belah pihak. Jadi, saya dan suami sepakat untuk memberi kejutan kepada keluarga masing-masing.

Kami akan mengumumkan jantina bayi apabila saya sudah selamat bersalin kelak yang dijangka sekitar Oktober depan. Biar nenek dan datuk terkejut untuk tahu sama ada cucu mereka lelaki atau perempuan (tertawa).

Mengapakah anda memberi kenyataan takut untuk bersalin sebelum ini?

Tiadalah takut sehingga tidak mahu melahirkan anak. Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan yang sama. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.

Bagaimanapun, selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan Allah. Sebagai seorang bakal ibu, kita sendiri perlu bijak menguruskan waktu dan menangani hormon diri. Suami banyak membantu dalam melakukan kerja rumah terutama dalam keadaan saya yang semakin sarat.


Tidakkah anda bimbang dilupakan peminat kerana begitu lama tidak aktif berlakon?

Saya tidak pernah terfikir perkara tersebut. Saya sudah berada dalam industri hampir 10 tahun. Sepanjang tempoh itu, saya sudah merasai bahang populariti sejak kecil sehingga sampai satu tahap kehidupan saya terasa tidak normal. Selepas berkahwin dan bergelar isteri adalah satu pengalaman yang baharu buat saya.

Akhirnya saya dapat duduk di rumah, melakukan kerja rumah dan perkara lain yang orang normal buat. Walaupun tidak lagi aktif berlakon, saya bersyukur masih lagi dikurniakan rezeki melakukan kerja-kerja menerusi media sosial.

Itu membuktikan orang masih ingat siapa saya. Insya-Allah, selepas bersalin kelak, jika ada tawaran yang sesuai, saya mahu kembali berlakon. Perasaan rindu terhadap set penggambaran sentiasa ada.

1 Comments


  1. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post