Sissy Iman Menegur orang perlu tahu adab




"Sajalah nak kata, kalau nak tegur orang ni kena tahu adab," luah penyanyi, Sissy Iman yang terkilan dengan sikap warganet cuba menyelar tindakan dia bertudung tapi masih menampakkan bahagian leher ketika menyambut 1 Syawal lalu.

Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu mendakwa teguran itu tidak beradab kerana dilakukan secara terbuka bertujuan mengaibkan dirinya di laman sosial.

“Saya sebenarnya belum bertudung, tetapi jika cuba menyarung dan ini adalah antara usaha untuk belajar berhijab, tidakkah awak rasa tindakan menyelar dengan ayat sebegitu boleh mematahkan usaha saya menjadi insan yang lebih baik?

“Bukan apa, hendak menegur orang perlu tahu adab. Sekian, selamat hari raya,” tulis Sissy di laman sosialnya, kelmarin.

Dalam teguran itu, individu itu menangkap layar (screenshot) video rakaman Sissy bersalaman dengan adiknya.

Individu itu didakwa mempersoalkan gaya wanita yang bertudung kerana sering mempamerkan bahagian leher.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian, individu itu sudah pun memadamkan pautan Twitter itu selepas dikecam peminat dan pengguna laman sosial lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post