Atikah Suhaime tayang gaun pengantin Instagram




Gambar yang dikongsi Atikah dalam Instastorynya hari ini.

Pelakon Atikah Suhaime memuat naik beberapa keping gambar gaun perkahwinan yang sepatutnya dipakai sempena majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael pada Ahad ini di Instastory miliknya semalam.

Tindakan Atikah, 28, memuat naik gambar tiga jenis busana terdiri daripada gaun pengantin berwarna putih, kebaya panjang putih dan songket itu mendapat respons daripada peminat yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon itu.

“Pada akhirnya, ia bukan lagi tentang baju dan solekan yang cantik atau dekorasi,” tulisnya.

Malah pelakon filem My Stupid Boss itu turut memuat naik gambar kek perkahwinan yang ditempah bagi majlis perkahwinannya.

Sepatutnya dia dan Awi akan diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah pada hari ini sempena tarikh lahir Atikah.

“Sepatutnya perancangan awal kek ini dibuat empat tingkat bersama menara makarun dan kek cawan. Tetapi ini adalah kek paling hari lahir paling cantik yang pernah saya terima.

“Pengajarannya, jangan buat keputusan untuk merancang majlis perkahwinan pada tarikh hari lahir. Anda akan menderita setiap kali hari lahir anda tiba jika perkara ini berlaku,” tulisnya pada gambar kiriman tersebut.

Terdahulu, Atikah dan Awi mengejutkan ramai pihak selepas membuat pengumuman bahawa majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Ahad ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Namun kedua-dua pihak tidak menyatakan sebab mengapa majlis itu dibatalkan.

Sementara itu bapa Atikah, Suhaime Jamali pula membuka mulut dengan menyatakan bahawa majlis itu bukanlah dibatalkan oleh Awi sepertimana diakui penyanyi itu sebaliknya pihaknya sendiri yang meminta supaya ia dibatalkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post