Faezah Elai terharu penampilan tudung labuh dalam drama jadi ikuta




Faezah Elai gembira apabila penampilannya yang bertudung labuh dalam drama menjadi ikutan peminat.

Pelakon Faezah Elai terharu apabila keputusannya untuk tampil dengan gaya khimar atau bertudung labuh dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi menjadi ikutan penonton.

Faezah, 37, berkata, dia menerima banyak respons daripada penonton wanita yang menghantar mesej peribadi kepadanya memberitahu mula memakai tudung labuh selepas menonton drama tersebut.

Malah Faezah turut berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar oleh peminat kepadanya di Instagram.



Faezah berkongsi mesej peribadi yang dihantar pengikutnya di Instagram.

"Alhamdulillah saya buat keputusan yang betul dan tak sangka orang lain terpengaruh nak pakai khimar juga. Hakak (kakak) terharu teruk punya.

"Jadi pakai tudung labuh boleh diterima penonton, tak perlu tunggu cerita agama atau watak jadi ustazah.

"Terima kasih Properhijab mencantikkan hakak dan memberi galakan untuk orang lain memakai tudung dengan sempurna sampai hakak nampak macam Jessica Alba dalam drama itu #tudungmuslimah #mogaterusistiqomah," katanya di Instagram.



Faezah Elai.

Dalam pada itu, Faezah berkata, penerimaan baik itu juga adalah bukti sesuatu watak wanita bertudung dalam drama itu tidak semestinya perlu mengikut fesyen terkini sebaliknya masih boleh mengenakan tudung labuh sesuai dengan syariat dalam Islam.

"Ingat orang suka yang tudung fesyen-fesyen sahaja. Apabila saya mengambil keputusan pakai khimar ni, takut juga orang cakap tak sesuai dengan watak sebab Ida ni orang yang berada dan bukan ustazah," katanya.

Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanafiah turut membariskan pelakon seperti Nina Iskandar, Fahrin Ahmad, Fizo Omar, Faye Kusairi, Azrel Ismail, Shah Jaszle dan Mardiana Alwi yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post