Kim Ji Soo mabuk ketika ditemu bual




Aktres Kim Ji-soo menerima kecaman hebat apabila dia dilaporkan hadir ke satu majlis dalam keadaan dirinya di bawah pengaruh alkohol baru-baru ini.

Pelakon berusia 46 tahun itu dikatakan menjawab pertanyaan wartawan yang hadir pada acara tersebut dengan jawapan-jawapan merapu.

Tindakannya itu kemudian membuatkan media yang hadir mengajukan soalan, “Adakah anda datang ke sini selepas mengambil minuman beralkohol?”

Jim-soo kemudian mengejutkan ramai pihak apabila dia turut mengiyakan perkara tersebut.

“Ya (minum). Saya berborak mengenai perkara-perkara yang menyesal dalam hidup saya sehingga lewat malam semalam,” kongsinya.

Terdahulu aktres itu dikatakan tiba lewat kira-kira 40 minit seperti yang dijadualkan untuk menghadiri rangka promosi filem terbaharunya, Intimate Strangers.

Post a Comment

Previous Post Next Post