
Kalau senaraikan barisan artis yang penuh kontroversi untuk tahun ini, rasanya nama aktres Fathia Latiff yang akan berada di tangga pertama.
Daripada awal tahun sampai hari ini ada saja perkara dan kenyataan daripadanya yang membuatkan industri hiburan menjadi panas.
Terbaharu, Fathia Latiff telah memuat naik gambar bekas kekasihnya, Aiman Hakim Redza dengan kapsyen yang boleh mencetuskan kontroversi dan dianggap boleh memalukan Aiman.
“Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila minta duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected,” tulisnya.
Bagaimanapun, gambar di Instagram tersebut telah dipadam Fathia.
Tetapi Diva perasan ada beberapa rakan artis yang sempat screen shoot gambar berkenaan dan meluahkan rasa tidak suka terhadap apa yang dilakukan Fathia tersebut.
Diva pun tak faham dengan Fathia ini. Mungkin tujuannya hanya nak meminta hutang tapi caranya mungkin tidak sesuai.
Benarlah apa orang kata, masa bercinta semua indah belaka. Bila dah putus, semua nak dicanangkan.
Diva difahamkan sebelum ini, sewaktu bercinta, Aiman sanggup belanjakan ribuan ringgit demi Fathia semata-mata untuk rawatan rambut. Sekarang apa dah jadi? Tidak mengapalah kan, tiada jodoh.
Nasihat Diva kepada Fathia, kalau ada yang tak puas hati dengan seseorang, elakkan diri untuk bercerita di laman sosial.
Lebih baik bersemuka atau gunakan cara yang lebih baik selepas ini.