Rozita Ibrahim Mak tak nak bala datang kepada keluarga kita


Benarkah kata pepatah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya.

Selepas Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu susulan tindakannya memuatnaik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikan.

Rozita yang mesra disapa bonda menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.

"Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri... Kri insan baik.

"Jangan dekati... kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima... ada hadisnya," komen Rozita dalam status posting di Instagram anaknya itu.




Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.

"Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.

"Jauhi mereka... wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku," katanya.

Komen tersebut mendapat sebanyak lebih 14, 000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.

Terdahulu, Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Post a Comment

Previous Post Next Post