Nico G akui tak mudah tarik peminat baharu


Pencetus irama muzik Hip Hop Malaysia iaitu Nico G masih lagi aktif dalam bidang nyanyian namun memerlukan masa untuk menarik peminat generasi baharu.

Salah seorang anggotanya iaitu Affa berkata sekiranya mahu dikenali sehingga kini, mereka perlu menghasilkan lagu yang menjadi ikutan.

"Kami tetap nak jadi terkenal sampai sekarang. Untuk dapatkan peminat baharu dalam generasi muda ini susah.

"Kita kena cipta sebuah lagu yang menjadi ikutan, yang mereka dengar dan suka. Sebab itu kami ada rancangan untuk hasilkan lagu baharu.


Nico G bakal keluarkan single terbaharu.

"Nico G masih lagi aktif dan sedang mencari peluang. Kami tahu rezeki itu milik Allah, kena usaha bersungguh-sungguh," katanya kepada mStar Online.

Nico G ditemui ketika majlis pelancaran kempen Gempak Merdeka di Bangi Wonderland Theme Park & Resort, di sini pada Jumaat.

Selain Affa atau Muzaffar Shah Baharin, 40, Nico G turut dianggotai oleh Nico, 43, (Abdul Fashah Abd Aziz, 43) dan Dino, 41, (Mohd Shah Rosli).

Dalam pada itu, syarikat Nico G Entertainment buat kali kedua bekerjasama dengan Bangi Wonderland Theme Park & Resort menganjurkan kempen Gempak Merdeka.






Kerjasama kedua Nico G Entertainment dengan Bangi Wonderland Theme Park & Resort.

Menurut Affa, kempen tersebut bakal menampilkan persembahan artis iaitu penyanyi Aishah, Ella, Achey Bochey, Tomok, Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Black Hanifah dan Hazama.

"Alhamdulillah, kempen ini merupakan kerjasama kali kedua kami bersama taman tema air itu. Kali pertama iaitu Gempak Gila pada tahun lalu mendapat kejayaan.

"Kali ini, kami tampil dengan persembahan artis dari generasi berbeza. Yang pasti lagi meriah," ujarnya.

Gempak Merdeka akan berlangsung bermula 18 hingga 26 Ogos depan dan pelbagai aktiviti yang menyeronokan untuk seisi keluarga.

Menerusi kempen tersebut, mereka juga menawarkan promosi menarik dengan harga tiket yang pastinya berbaloi untuk semua pengunjung.

Post a Comment

Previous Post Next Post