Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria di Jordan


Natasha Hudson menyambut Hari Raya Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Selebriti popular, Natasha Hudson berkongsi keterujaannya menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha bersama pelarian Syria di Mafraq, Jordan.

Menerusi akaun Instagram Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 35, dia turut menceritakan pengalamannya meluangkan waktu bersama seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai warga tempatan.

Katanya, sebagai seorang Muslim dia berasa bertanggungjawab dalam melindungi masyarakat seagama khususnya golongan kanak-kanak dan masa depan mereka.



"Pada pandangan saya, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri untuk memikul tanggungjawab besar buat keluarga meskipun masih berusia muda.

"Saya mengharapkan agar kita semua dapat bersatu dalam mendoakan keamanan kepada mereka agar selamat di negara ini. Saya turut mengharapkan agar negara ini tidak lenyap begitu sahaja," tulisnya dalam laman Instagram.

Pelakon filem Chermin dan Mamak Cupcake itu mula berangkat ke Jordan sejak seminggu lalu bagi menyertai misi kemanusiaan sukarelawan Amal Hope.

Post a Comment

Previous Post Next Post