Artis sensasi Roslan Shah sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka mencabar pelakon Aidil Aziz agar bertemu dengannya.
Tanpa sebarang penjelasan jelas, Roslan dalam statusnya di Instagram menyifatkan pelakon itu sebagai manusia lupa diri dan menuntut janji-janji yang dibuat Aidil terhadapnya.
"Bro jom berjumpa... Aku cabar kau! Aidil Aziz aku cabar kau! Kau manusia lupa diri... Mana janji-janji kau bro," tulisnya berserta gambar bersama Aidil.
Pendedahan itu turut menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pengikutnya tentang perkara sebenar yang melanda kedua-dua selebriti itu.
Perkongsian Roslan di Instagram malam tadi.
Bagaimanapun menerusi posting Roslan terbaharunya, pengacara itu sebenarnya membuat 'prank' terhadap Aidil bersempena hari jadinya yang ke-31 pada malam Rabu lalu.
"Kena prank bro @itsaidilazizi tadi melalui whatsapp. Prank brithdap, semoga panjang umur dan murah rezeki," tulisnya.
Roslan menerusi status sama turut mendoakan agar Aidil dan aktres Fasha Sandha bertemu jodoh dan menyifatkan mereka sebagai pasangan secocok.
Aidil dan Fasha. Foto Instagram @aqoimran
Dia turut mendedahkan Aidil seorang lelaki yang merendah diri, berdikari, menghormati orang lain selain sering menjaga solatnya.
"Inilah artis, pelakon yang sangat merendah diri, berdikari, menghormati serta senang berkerja sama dengannya.
"Cik Lan doakan Aidil dan @fashasandha sampai ke jinjang pelamin, Amin. Kalau Jodoh mereka berdua memang tepat dan sepadan kerana Aidil solat tak pernah tinggal semasa di Singapura itu yang Cik Lan kagum caranya," ujarnya.
Sementara itu, Fasha membuat kejutan hari jadi untuk 'teman rapatnya' itu di sebuah hotel yang turut dihadiri oleh rakan terdekat pasangan itu.