Selepas memuat naik, fotonya dalam persalinan pengantin di laman Instagramnya semalam, pelakon Cristina Suzanne, 33, terus dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakannya.
Difahamkan Cris telah melangsungkan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai M. Faiz Zakaria dalam sebuah majlis sederhana, semalam. Sebuah portal berita hari ini berkongsi foto Cris dan suami selepas majlis berlangsung.
Bagaimanapun, pelakon Surf This Love yang cukup dikenali dengan sikap low profile ini masih belum membuat sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut, sebaliknya hanya berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen 310318.
Apapun, selamat pengantin baru dan semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.