Izreen Azminda Hidup tu jangan biadab


Tindakan biadab sebuah akaun Instagram yang mendakwa wajah anak Izreen Azminda dan anak kepada Amar Baharin serta Amyra Rosli seiras telah menaikkan darah pelakon itu.

Bahkan admin Instagram terbabit turut meminta bekas suami Izreen, melakukan ujian DNA.

Izreen menerusi akaun Instagram peribadinya menegaskan anaknya itu adalah hasil perkahwinan dengan pengarah, Muhammad Riza pada 2012 dan tidak ada kena dengan Amar.

“Hidup tu jangan biadapppp! Takder life ker? Sampai anak saya awak nak babitkan!


Izreen luahkan perasaannya.

“Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya jer lah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?

“Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13. Kalau anak orang lain takkan bertahun-tahun dalam perut,” ujarnya yang pernah bergandingan dengan Amar menerusi drama hits, Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 2014.

Tambah Izreen, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan setelah sekian lama mendiamkan diri.



“Saya diam agak lama eh. Ada juga yang nak kena tindakkan ni. Jangan ingat saya diam, saya tak ambil peduli.

“Nampak sangat hati awak busuk sampai follower awak yang hantar gambar ini pada saya,” tulisnya.



Menerusi posting terbaru, Izreen turut berkongsi gambar bersama anaknya dengan kapsyen yang lebih positif.

“Allah lebih mengetahui. Semoga sempat terampun dosa mereka yang menabur fitnah terutamanya menabur fitnah pada insan yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa.

“Semoga Allah memberi pertunjuk dan hidayah pada hati mereka yang hitam dan penuh kebencian itu,” tulisnya.

Izreen mendirikan rumah tangga Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Dia kemudian berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29, pada Ogos lalu.

Manakala Amar berkahwin dengan Amyra Rosli pada 11 November 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post