Sejak kebelakangan ini, gelaran 'makcik bawang' begitu sinonim dengan individu dan netizen yang suka menyibuk akan kehidupan orang lain.
Ada ketikanya, mereka ini mengundang kemarahan orang lain disebabkan sikap mereka yang 'serba tahu' dan mempersoalkan tindakan orang lain.
Dan hari ini, penyampai radio, Feeya Iskandar naik berang dengan tindakan 'makcik bawang' atau netizen yang mempertikaikan pendiriannya yang enggan mendedahkan wajah anak keduanya sehingga kini.
Feeya yang menerusi akaun Instagram miliknya turut menempelak netizen yang suka mencampuri urusan hidupnya.
“Ada yang kata kenapa tak tunjuk sangat anak nombor dua ni. Eh mulut makcik bawang memang tak ada insuran. Kau sabar kejap.
“Nah, Nuh Aryyan tapi bagi sipi-sipi dulu biarkan lagi sakit hati makcik bawang tu yang ketiak dia pun sama bau dengan mulut dia,” tulisnya dengan memuat naik gambar Nuh dengan hanya mendedahkan separuh sahaja wajah anaknya itu.
Feeya melahirkan bayi lelaki keduanya itu pada 31 Januari lalu.