Dynas Mokhtar, 35, mengesahkan bakal bernikah dengan dengan Shazrik Din, 36, pada 21 April depan.
Pelakon jelita, Dynas Mokhtar, 35, yang mengikat tali pertunangan dengan Shazrik Din, 36, mengesahkan mereka bakal bernikah pada 21 April depan.
Menurut pelakon Syurga Yang Kedua itu, majlis pernikahan bakal berlangsung di kediaman ibunya di Shah Alam, Selangor.
"Majlis pernikahan nanti akan dibuat separa tertutup dan kami hanya menjemput keluarga serta rakan terdekat sahaja.
"Bagaimanapun, kami juga merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada 28 April di sebuah dewan perkahwinan di Kota Damansara, Petaling Jaya dan di Hotel Shangri-La pada 5 Mei depan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Jelas ibu kepada dua orang anak itu, persiapan perkahwinannya sudah siap hampir 80 peratus.
"Persediaan untuk baju dan hantaran masih belum dibuat tetapi barangan kelengkapan lain sudsh diselesaikan," katanya.
Dynas dan Shazrik mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.