Seulgi pernah jatuh


Anggota Red Velvet, Seulgi mendedahkan dia pernah jatuh teruk pada tahun keempat dan kelima menjadi pelatih di agensinya.

Menurutnya, kejatuhan itu menyebabkan dirinya hampir berputus asa kerana tidak tahu bagaimana mahu melaluinya.

“Saya melalui zaman kemerosotan yang sangat teruk ketika itu. Malah, ibu terpaksa memberikan kata-kata perangsang supaya saya dapat meneruskan impian.

“Menurutnya, saya akan berjaya dan itu tidak boleh disangkal lagi,” katanya.

Dia kemudian membuat pengakuan peristiwa itu antara cabaran terbesar pernah dilaluinya dalam hidup.

Ternyata kejatuhan itu benar-benar memberi impak besar dalam hidup Seulgi.

Namun, dia bersyukur kerana anggota Red Velvet yang lain sentiasa ada di sisi menyokong dan menenangkannya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan juga pernah memberi kenyataan di radio bahawa dia hampir tidak mahu meneruskan latihan di agensi.

“Saya tidak pasti adakah ini jalan terbaik dalam hidup saya,” katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post