GFriend kemalangan kerana kecuaian pengurus


Kumpulan GFriend.

Kumpulan penyanyi wanita, GFriend mengalami kemalangan kereta sewaktu dalam perjalanan menuju ke acara Incheon K-Pop Concert 2017 pada 9 September lalu. Kemalangan tersebut dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan yang membawa mereka.

Pihak pengurusan kumpulan itu, Source Music membuat permohonan maaf atas kecuaian pengurus GFriend yang tidak berhati-hati sewaktu memandu kenderaan hingga mengakibatkan insiden tersebut.

Akibat daripada kemalangan berkenaan, GFriend terpaksa menarik diri daripada konsert dan mengecewakan ramai peminat yang menanti kemunculan mereka.

“Pihak pengurusan GFriend memohon maaf kerana kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pekerja kami. Kami berharap peminat jangan berhenti memberikan kata-kata semangat kepada kumpulan ini.

“Pemeriksaan teliti telah dibuat kepada semua anggota dan setakat ini, hanya Yerin yang terkehel ibu jari tangan, manakala mangsa lain mengalami lebam-lebam biasa,” kata wakil pengurusan kumpulan berkenaan menerusi satu kenyataan akhbar.

GFriend telah pun kembali bekerja seperti biasa semalam dan dijanjikan kawalan keselamatan yang lebih teliti selepas ini.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post