Azrel Ismail terima siapa saja ganti Fathia Latiff


Azrel Ismail yang digandingkan dengan Fathia Latiff dalam drama Laluna akur dengan keputusan produksi menggugurkan aktres terbabit daripada projek itu.

Mengaku tidak tahu siapa yang bakal mengambil tempat Fathia, Azrel yang memegang watak utama dalam drama arahan Norliza Ismail itu mahu fokus kepada tanggungjawab menghidupkan karakter berkenaan.

"Saya tidak tahu apa-apa. Tiba-tiba timbul kekecohan dan nama Fathia digugurkan.

"Saya pergi ke Johor Bahru untuk meneruskan penggambaran tetapi tidak sempat untuk menyudahkan babak dengan Fathia. Apabila Fathia sudah digugurkan, saya hanya menunggu keputusan produksi.

"Sebelum ini, saya tidak ada banyak babak dengan Fathia, adalah dalam 10 adegan. Jadi, kalau mahu lakukan sekali lagi, bagi saya, ia bukan masalah besar. Saya akur saja keputusan produksi," katanya.

Semalam, BH Online melaporkan, syarikat produksi TenView Sdn Bhd menggugurkan Fathia daripada drama Laluna kerana mendakwa pelakon itu gagal memberi komitmen.

Penerbitnya, Norazah Sahud, mendakwa Fathia hadir ke lokasi penggambaran dalam keadaan tidak terurus menyebabkan penggambaran yang sepatutnya bersambung di Johor Bahru, Khamis lalu, tertunda.



Azrel menjangka penggambaran babak Fathia dengan pelakon lain juga perlu dilakukan sekali lagi.

"Memang kena buat semula dari awal," katanya

Mengenai Fathia, Azrel mengaku tidak mempunyai masalah dengannya.

"Ini kali pertama kami berlakon bersama-sama. Cuma 'jodoh' itu tak berpanjangan.

"Dia pelakon yang sangat 'memberi', jadi saya pun bersemangat," katanya.

Tambah Azrel, drama Laluna akan menyambung penggambaran di Bosnia-Herzegovina, bulan depan.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post