Fazura memberikan kejutan yang merupakan 50 kuntum ros merah sempena hari lahir Fattah Amin.
Bersempena ulang tahun kelahiran pelakon Fattah Amin yang ke 27 tahun pada Khamis, pelakon Fazura memberikan ucapan istimewa pada tepat pukul 12.00 malam kepada aktor itu.
Menerusi foto dan kapsyen yang dimuat naik menerusi Instagram, Fazura mendoakan pelakon tersebut sentiasa dirahmati Allah dengan kebaikan di dunia sehingga akhirat.
Foto tersebut telah mendapat lebih 44,000 tanda suka (likes) dan 1,500 komen daripada peminat mereka berdua.
Foto Fattah dan kapsyen yang dikongsikan Fazura mendapat perhatian peminatnya di laman sosial.
"Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi. Dan merahmati mu dengan takdir kebaikan di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin," kata Fazura yang menulis kapsyen itu dari Amerika Syarikat.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila Fattah meninggalkan komen di ruang foto tersebut dengan ucapan terima kasih dengan gelaran istimewa buat Fazura.
Selain itu, pelakon Hero Seorang Cinderella ini juga menerima kejutan paling 'sweet' yang merupakan 50 kuntum ros merah dan kad ucapan berbentuk hati yang diberikan oleh Fazura.
"Amin. Terima kasih yang paling manis. Terima kasih untuk hadiah," kata Fattah.
Pasangan ini mempunyai panggilan gelaran semenjak mereka bergandingan menerusi drama Hero Seorang Cinderella.
Gelaran Fazura kepada Fattah adalah 'Yang Paling Comel' dan manakala 'Fazura Yang Paling Manis'.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan peminat, mereka berdua dilihat seakan-akan tidak boleh berjauhan biarpun Fazura kini berada di Amerika Syarikat.
Malah, rata-ratanya juga mengucapakan selamat hari lahir buat Fattah dan mereka mahu melihat pasangan ini berkahwin.
"Selamat hari lahir Fattah. Semoga panjang umur dan hubungan kamu berdua kekal hingga ke jinjang pelamin amin. Kami doa yang baik-baik," kata salah seorang pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Fattah memberikan sejambak bunga ros merah kepada Fazura ketika di Minggu Fesyen Kuala Lumpur(KLFW) yang berlangsung pada 19 Ogos lalu.
Ros merah itu bukti kasih sayang mereka sebagai sahabat dan jarak bukan penghalang bagi meluahkan perasaan itu.