Mia Sara semakin bergaya dan cantik.
PELAKON yang dulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak iaitu Mia Sara sudah pun berusia 12 tahun.
Malah, menerusi sebuah foto di Instagram, kejelitaan pelakon yang turut memiliki rangkaian tudung jenama Mia Couture ini semakin terserlah dan dipuji netizen.
Ada juga netizen yang nakal cuba memberi ayat-ayat pick up line dan memikat pelakon drama Strawberi & Karipap ini.
Rata-rata netizen memuji penampilan dan gaya Mia kini lebih matang daripada usianya yang masih di peringkat sekolah rendah.
Awal kemunculan Mia sering mendapat watak sebagai anak kepada Lisa Surihani.
Antara komen yang ditinggalkan peminat di laman Instagram:
@hanimohd8561 bakal heroin... heroin sekarang yang mana dah tua, tolong jadi kakak atau emak, sebab ramai heroin muda sekarang ni.
@khai_1996 Mia Sara sangat cantik dan bergaya 🌹🌹💖💖😍😍 Mia saya minta nombor telefon Mia, boleh tak :)
@nurfaiqahhaifaa Wow miasara dah matanglah
Penampilan Mia Sara jadi perhatian netizan - Foto IG Mia Sara & Noerules Touch.
@irrzaaimmy nak nombor telefon boleh tak Mia?
@its.afifaaa Omg! serius tu Mia ke? sebab lawa sangat!
Mia mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2008 menerusi drama Adamaya disamping pelakon terkenal Lisa Surihani.
Dia pernah menjadi perhatian sebagai pelakon kanak-kanak paling comel dan membintangi beberapa filem seperti Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan Papa I Love You.