Fazura Atau Neelofa Kekasih Fattah?


Gandingan Fattah Amin dan Fazura menerusi drama Hero Seorang Cinderella mendapat kejayaan.

TIDAK dinafikan gandingan pelakon Fattah Amin dan Neelofa menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot begitu hebat sehingga menjadi satu fenomena pada penghujung tahun lalu.

Keserasian mereka dalam drama tersebut membuatkan peminat mahu dua selebriti ini menjadi kekasih di alam nyata. Peminat Fattah, 27, dan Neelofa, 28, juga telah mewujudkan hastag #Lofattah dan laman-laman sosial juga dipenuhi dengan foto-foto mereka berdua.

Lagi membuatkan pengikut #Lofattah teruja apabila pasangan ini mengaku pernah bercinta pada awal Februari lalu. Malah, sehingga ada segelitir peminat yang melakukan solat hajat untuk selebriti kesayangan mereka.

Mana tidaknya, apabila peminat melihat kemesraan Fattah dan Neelofa ketika itu, mereka pula yang 'feeling' berbunga-bunga. Boleh dikatakan Fattah dan Neelofa sesuai bersama.


#Lofattah pernah menjadi fenomena di setiap laman sosial.

Namun, impian peminat untuk melihat Fattah dan Neelofa kembali bersama hampir musnah apabila timbul gosip yang mengatakan Neelofa menarik diri bergandingan dengan Fattah untuk drama Hero Seorang Cinderella.

Pelbagai spekulasi dan desas-desus mengenai siapakah yang akan memegang watak Nura Medina dan akhirnya watak itu milik pelakon terkenal, Nur Fazura, 34.

Sebelum drama Hero Seorang Cinderella mula bersiaran di Astro Ria, peminat Fattah dan Fazura sudah bergabung dan mencipta hastag #Fattzura sebagai tanda sokongan.

Malah sejak drama tersebut ditayangkan 22 Mei lalu, penyokong #Fattzura ligat memuat naik info mengenai gandingan ini di laman-laman sosial. Gabungan mereka mendapat sambutan dan telah mengatasi kejayaan #Lofattah.

Drama lakonan Fattah dan Fazura itu dikatakan berjaya mengalahkan Suri Hati Mr. Pilot biarpun drama tersebut baru sahaja bersiaran di Astro Ria. Peminat juga memuji lakonan Fattah yang dilihat semakin baik dan mantap sejak bekerjasama dengan Fazura.


Fattah dan Fazura memakai pakaian sedondon ketika menghadiri bertemu peminat di Prima Valet, Bangi pada 4 Jun lalu.

Sebagai pelakon berpengalaman dan sentiasa memberikan yang terbaik pada setiap watak yang diberikan, Fazura banyak memberi tunjuk ajar kepada Fattah. Keserasian di antara mereka semakin hari semakin jelas kelihatan memberi kejayaan gabungan #Fattzura.

Sekali lagi, peminat memulakan operasi mereka untuk menjodohkan Fattah dan Fazura. Mereka mahu melihat pasangan ini berkahwin sehingga timbul pergaduhan di antara pengikut #Lofattah dan #Fattzura.

Terbaharu Fattah memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Fazura di kenduri doa selamat anjuran mereka. Namun, tiada perbincangan serius mengenai hubungan mereka seperti yang diperkatakan.

Sejak artikal itu berleluasa di laman sosial, netizen mula membuat perbandingan kerana sebelum ini Fattah pernah mengeluarkan kenyataan pernah berjumpa dengan keluarga Neelofa ketika mereka dikatakan bersama.

Jika dilihat gandingan #Lofattah dan #Fattzura, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan kedua-duanya sesuai bila bersama.

Ada juga orang berkata, semua yang berlaku ini adalah racangan mereka untuk meraih rating. Betul atau tidak, tuan badan sahaja yang tahu.

Post a Comment

Previous Post Next Post