Lelaki bujang pilihan Maya Matahari


Pelakon dan penyanyi, Maya Matahari mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

Biarpun sudah setahun berkenalan namun penyanyi yang popular menerusi lagu Matahari ini mengakui hubungan mereka masih baru lagi.

"Saya kenal dengan dia lebih kurang setahun dan mula rapat baru-baru ini," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Disogok dengan status jejaka segak itu, Maya berkata dia masih bujang.

Ditanya pula mengenai fasa seterusnya, Maya atau Meyanaliza Ruslee, 42, memberitahu masih belum ada sebarang perancangan tambahan pula dia mahu memberikan fokus terlebih dahulu dengan single terbaharunya.





"Tambahan pula saya baru keluar single baharu Perlu Ada Setia. Jadi kena fokus pada single album dulu," katanya.

Sementara itu, Maya yang ditemui baru-baru ini memberitahu, imej bertudung merupakan penampilan baharunya.

"Berhijab memang imej baharu saya, alhamdulillah... bermula sejak bulan Ramadan lalu," katanya.

Untuk rekod, Maya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009 sebelum berpisah pada 0gos 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post