Raja Ilya tayang perut di Hollywood


Rasanya cerita pelakon Raja Ilya akan beraksi dalam sebuah produksi gergasi di Hollywood sudah lama bertebaran. Sampaikan ada juga yang Diva dengar konon-kononnya Ilya hanyalah cakap-cakap kosong sahaja.

Maklumlah, barangkali lama sangat peminat di sini menanti kemunculan Ilya dalam produksi di Amerika Syarikat itu, tetapi seperti terhenti di situ sahaja tanpa sebarang perkembangan lain.

Cumanya, baru-baru ini Diva perasan yang Ilya sudah terbang ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tujuannya ke sana, tetapi Diva rasa mungkin kunjungannya ke sana itu ada kena mengena dengan apa yang dikongsikan sebelum ini.

Maklumlah, bukan senang mahu menembusi pasaran di Hollywood.

Memang sekali imbas, Diva tengok penampilan Ilya pun dah macam pelakon Hollywood.

Cantik betul. Patutlah orang sana ‘merisik’ Ilya, tambahan pula berbakat. Aduhai, memang rezeki Ilya. Diva pun tumpang gembira.

Cumanya, yang tak berapa gembira apabila Ilya menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar dirinya memakai baju dengan rekaan yang menampakkan bahagian perutnya.





Seperti biasalah, muncul pelbagai komen dalam kalangan pengikutnya.

Ada yang membangkang, ada juga yang bersetuju Ilya berpenampilan begitu.

Tak mengapalah, masing-masing punya pendapat tersendiri.

Apapun, kita semua doakan agar perjalanan Ilya di sana berjalan dengan lancar.

Bukan senang nak jumpa orang Malaysia yang berlakon di Hollywood. Kita rakyat Malaysia pun tumpang gembira.

Berbaloilah Ilya berhempas siang malam mengikuti latihan untuk mantapkan stamina di gimnasium. Maklumlah, nak ke Hollywood badan kena cantik.

Post a Comment

Previous Post Next Post