Isteri Roy Azman Keguguran Anak Kelima


Roy Azman di samping isteri dan empat orang cahayamata mereka yang comel.

NAMPAKNYA impian pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.

"Innalillah... tujuh minggu aje dia ada dalam rahim (anak kelima). Baru balik dari klinik setelah beberapa hari alami pendarahan," tulisnya.

Tambahnya lagi, biarpun begitu sedih dengan berita ini, dia dan suami terpaksa reda dan menganggap ia belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kelima.


Gambar dimuatnaik Fyda di laman instagramnya memberitahu kandungannya gugur diusia tujuh minggu.

"Hari ni gugur betul dah dia. Bila dah bersedia...inilah dikatakan takdir. Bila tak nak ada, bila nak... takde dah... takde rezeki. Mulalah berpantang apa yang patut. Nak cari tukang urut... sabor ajelah," tulisnya lagi sambil berharap akan ada himmah di sebalik apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Fyda atau Rafidah Mohd Razali menerusi balasan komen kepada salah seorang kenalannya di Instagram memberitahu perkhabaran duka ini sudah diketahuinya sejak seminggu lalu namun baru kini sedia berkongsi kepada umum.

Sementara itu penyanyi era 80-an, Salwa Abdul Rahman turut menitipkan kata-kata semangat buat bekas anggota kumpulan Princess ini agar terus bersabar dan menganggap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Fyda an Roy atau Zairosminan bin Abdul Rahman, 47, berkahwin pada 11 Mac 2006 dan sehingga kini dikurniakan empat orang cahaya mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post